Sunday, August 20, 2006

Perasmian rumah hinggapku

Assalamualaikum,
Kena bagi salam masuk rumah ni, spy berkat sikit. Actually aku pun sudah ada beberapa blog dan 1 website. Cuma tema yang ini lain sikit. Aku akan jadikan blog ini sebagai rumah hinggap. Bermakna rumah yang akan aku menginap bila aku rasa perlu membawa diri dan perasaan jauh daripada orang lain. Ingin bersendiri. Mungkin nak mengubat duka. Ataupun nak kurangkan tekanan dalam diri bagi menghadapi kehidupan ini. Aku ingin kisah2 hidupku diingati hingga tua nanti. Biar nanti bila tua, aku tersenyum membaca kisah diriku di kala muda. Biarpun kisah itu yang suka mahupun duka.